Saturday, February 2, 2013

Jannah Itu Lebih Indah Daripada Bayangan

Assalamualaikum....

   Bertemu kita kembali...syukur Alhamdulillah,sy masih lg diberi peluang utk menghirup udara dan dpt melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t...banyak perkara yg berlaku sepanjang bulan januari ni....yang sedikit sebanyak telah banyak menyusun langkah saya dgn lebih teratur utk mencari keredhaan Allah...banyak perkara yg saya belajar namun...apalah sgt jika dibandingkan dgn ilmu Allah....

Hari demi hari....masa berjalan bergitu pantas....jam berdetik tanpa sedikit pun berganjak ke belakang..."hidup ini pelik" itulah kata2 yg keluar dari mulut sy sebaik sahaja kami melangkah keluar menuruni anak tangga......namun,kwn sy menyapa sy "hidup tak pelik...tp manusia yg membuatkan hidup ini pelik"....ermmmm....sy berfikir sejenak....ya...betul tu...melihat kes2 jenayah yg selalu menjadi tajuk utama di dada2 akhbar buat sy terfikir dimanakah terletaknya masa depan sebuah negara yg dinamakan Malaysia jika generasi muda mereka hanyut dlm kemodenan...tidakkah mereka terfikir..bertapa mereka memikul tanggungjawab yg besar terhadap agama,bangsa dan negara..itulah puncanya kenapa sy mengatakan bahawa hidup ini pelik kerana org yg dapat melihat tidak meggunakan penglihatan mereka...sy tahu bukan semua...namun sy ingin kita semua ambil ikhtibar drpd apa yg berlaku...tetapi bukanlah perkara ini yg sy mahu perdebatkan nanti dah jadi mcm karangan SPM lah pulak kan....kdg2 apa salahnya jika kita serious skt dlm sesetengah perkara kan???hidup ni bukan tahu untuk ketawa saja...

bulan ni sy berkesempatan berjumpa dgn Imam Muda Nuri,Ustaz Dr.Farhan dan isterinya Ustazah Fatimah Syarha di Kolej Matrikulasi Pahang...kadang2 sy terasa ingin sgt menjadi seperti mereka...namun bayak lagi perkara yg perlu sy perbaiki...kita mmg tak boleh jadi orang lain...tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik daripada kita semalam...ingat lepas habis matrik ni sy nak pergi menuntut ilmu agama dgn lebih mendalam..teringin sgt nak hafal Al-Quran dan Hadis..tp nak hafal Al-Quran kena bersihkan hati dulu...sb ayat Al-Quran tak melekat dkt hati org yg banyak buat dosa...sy teringin mengamalkan kehidupan islam yg sebenar..ingin mempersiapkan diri menuju kehidupan yg berkekalan...ingin mepersiapkan diri menjadi isteri yang solehah....ingin memilliki suami yg dpt membimbing sy ke syurga...Inshaa Allah jika dipanjangkan umur... teringat pertanyaan Imam Muda Nuri "kita ni asal dari mana??"...maka pelajar2 matrik pun jawablah dari tanah...ada yg jawab drpd setitis air mani dan mcm2 lagi....tapi Imam Muda Nuri jawab "kita ni asal daripada syurga...jadi nanti kalau kita mati,kita nak balik ke syurga atau neraka???mestilah syurga..kenapa kita nak pergi neraka yg bukan tempat asal kita..."

kata2 tu buat sy berkata-kata dalam hati kecil sy..."ya aku ingin ke syurga...ingin melihat tempat asal ku yg sebenar..." dari situlah sy mula mengubah diri sy sedikit demi sedikit...bukan perubahan yg drastiklah...sy pakai stokin keluar hostel pun org tanya sy kenapa pakai stoking???tak kurang juga yg menyindir "hai..pakai stoking nampak"...tp sy hanya berdiam diri...dan selepas tu sy tgk dia pulak yg mula keluar hostel pakai stokin..Alhamdulillah..ingin berubah itu datangnya dari niat kita dulu...sedangkan kita berniat untuk berbuat baik pun dah dapat pahala...apatah lg membuat kebaikan..tgk bertapa senangnya nak dpt pahala...tp org tetap nak buat dosa jgk....



sy pun tidak mahu berleter panjang2...inshaa Allah post2 yg akan datang sy ingin ceritakan pengalaman sy belajar di matrik utk dikongsikan kpd adik2 lepasan SPM 2012 dan seterusnya...harap2 sedikit sebanyak dptlah membantu adik2 yang teringin nak belajar dkt matrik ni mcm mana nak survive...jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi..ok...maafkan salah silap sy ya...sy pun masih belajar utk jadi org yg lebih baik..

sekian,Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment