Sunday, July 27, 2014

Salam Lebaran

 


Pejam celik...pejam celik...dah nak raya rupanya kita nikan...bila malam raya dihiasa dengan bunyi mercum ni...teringat pulak saudara kita di Palestin...malam raya mereka dihiasi dengan bedilan bom...semoga Allah memberi mereka kekuatan dan melindungi merek dan semoga allah juga memberi kemenangan kepada mereka. dalam kita beraya ni jangan lupa kepada orang yang kurang bernasib baik daripada kita....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.

#PrayForPalestin
#PrayForMH17
#PrayForMH370
#PrayForAllMuslims


Wednesday, July 23, 2014

End of SEM 2

 
 
Officially done semester 2 and inysaAllah akan masuk Sem 3 bulan 9 ni..Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana telah memberikan sy kesempatan waktu dan ruang untuk terus memperbaiki kelemahan diri.Apa yang boleh saya katakan...Sem 2 ni penuh dengan ujian dan dugaan... saya yang jenis pendiam,jenis tak luahkan perasaan dekat bukan sebarangan orang ni,boleh menangis dengan ujian ni...
 
"Haaa???Fifah nangis???Pelik2.."

haha...kan...kebanyakkan kawan kat uitmpp..actually bukan kebanyakkan malah semua kawan2 saya kat uitmpp ni tak pernah pun tengok sy menangis...haha...dh mula perasan macho. sebenarnya orang yang jenis gila2 mcm sy yg belagak hati kental nilah yg selalu nangis sorang2..terutamnya bila sebelum nak tidur..the perfect time untuk nangis layan perasaan sorang2..hehe..sem yang sangat2 mencabar kesabran saya..Tp setiap dugaan dan cabaran tu sebenarnya adalah cara Allah nak tegur kita sebenarnya..dan juga adalah cara Allah nk naikkan darjat seseorang tu. Jadi kita sebagai hambaNya perlu banyak bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan urusan kita.Walaupun terkadang kita sebagai hambaNya ni selalu cepat melatah apabila diuji sama seperti sy juga,kadang2 cepat sangat melatah semasa diuji..ialah bila kita stress ni emosi memang tak stabil lepas tu mulalah nak marah2...namun kita kena ingat jugak untuk selalu muhasabah diri..kita memang takkan dapat lari daripada membuat kesilapan, kita memang takkan dapat lari daripada masalah tapi yng penting kita cuba jugak untuk menempuhi ujian kita tu..pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
 
"Sem depan fifah nak aktif lagi ke persatuan??"
 
1 soalan yang sy tak tahu sebenarnya nak jawab. Tp seriuslly klu sy aktif pun maybe akan aktif dengan 1 persatuan je. Mengambil iktibar daripada ujian yang melanda sem 2 hari tu.. sy bertekad jika nak aktif,aktif 1 persatuan je..penat wehh aktif  banyak persatuan...habis program persatuan ni..pastu persatuan 1 lg pulak..nasib baik x ada akvititi persatuan yang bertindih..habis masalah persatuan ni..datang pulak masalah persatuan yang lain...klu ada ahli yang tak buat kerja dlam persatuan tu,kita kena take over..kerja kita tak siap lagi dah tambah kerja orang...last2 bertimbun-timbun kerja nak kena settle....MEMANG STRESS...pastu orang dengan selambe je cakap "banyak sangat ke masalah ko,aku lagi banyak masalah"
WHAT??? dlm hati rase mcm nak jawab "tak tanye pun".

Walau apa pun yang telah saya lalui, ujian itu sebenarnya akan membuatkan kita lebih matang..daripada kita tak tahu situasi sebenar,dengan ujian kita boleh tahu dan belajar cara nak solve problem.apabila ada situasi2 tegang yng berlaku kita boleh rasa dan nilai sendiri situasi tu..setakat ni dalam persatuan x ada lagilah orang yang tak puas hati  n nk marah2 dengan saya, tp sy marah2 orang tu adalah...haha...sebenarnya sy bukan marah tau...sy cuma nk bertegas je..cuma saya ni tak berape nak reti kawal nada suara..kadang2 saya tengah marah orang ingat saya menangis..kadang2 saya tengah bergurau orang ingat saya tengah marah..kadang2 saya tengah marah dengan nada menyidir orang ingat saya tengah bergurau..nampaknya saya memang fail dalam expresikan perasaan sendiri...haha..apa yang saya nak katakan dekat sini dalam dunia ni tak ramai yang kenal saya yang sebenarnya..saya boleh katakan dekat matrik dan uitm x ada orang yang kenal saya betul2..kawan sekolah menengah ada yang kenal sy betul2...lepas habis SPM actually sy mmg 50% berubah...suka simpan rahsia dan tak suka sangat share benda yang menyedihkan...so,berita baiknya apa yang sy share kat blog hari ni bukakanlah benda yang sedih ye...ia kekecewaan yang diexpresikan dengan air mata...cewah....ayat bukan main..haha..ok..tu jelah kot...semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menempuhi ujian yang akan datang dan mempermudahkan urusan saya...amin....see you next post..insyaAllah... Assalamualaikum :)


Monday, April 14, 2014

Semester 2...Apa Yang telah dipelajari??


tak sagka kejap je masa berlalu..pejam celik..pejam celik dh pertengahan sem 2..banyak perkara baru yang sy belajar semasa sem 2 ni walaupun pun baru sebulan masuk sem 2.First sekali,belajar buat kali pertamanya jadi pengarah program.belajar cara nak buat paper work and prosedures yg perlu diikuti untuk buat program.belajar buat report selepas program.Pengalaman yang sangat berharga sebenarnya..setakat ni sy rasa sangat best dalam berorganisasi ni sb klu dalam kelas mana ada nak belajar benda macam ni kan..sy ni lebih suka belajar daripda pengalaman berbanding teori.cuma sem 2 ni agak bosan sikit.maybe baru awal-awal.assignment pun tak byk lagi,test pun tak ada lagi,tp naik je cuti ni start lah rutin kehidupan yang sibuk.inilah gaya hidup yang sy suka.lebih baik hidup yang sibuk daripada hidup yang membosankan.

    Dan awal sem 2 ini sy dikejutkan lagi dengan 1 pengunguman yang sy tak pernah sangka nak dapat.satu lagi amanah yang harus sy pikul..sampai orang yang umun tu panggil 2 kali nama sy..sb sy mcm tak percaya...betul ke ni...sebenarnya sy rasa agak gementar.takut jika amanah ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.tapi sy cakap dekat diri sy,mungkin ada hikmah disebalik pemilihan sy ini.klu sy awal2 lagi dh quit so,mcm mane sy nak tahu apa hikmah disebalik apa yang berlaku ini.sy diajar sejak daripada kecik lagi yang amanah itu adalah 1 tanggungjawan yang besar.sb amanah ni boleh dipersoalkan di alam kubur nanti dan salah seorang ciri-ciri orang munafik ialah bila diberi amanah dia khianati..itulah yang paling sy takut.tapi sy positifkan minda sy untuk menerima ini dan sy teruja juga untuk menimba pengalaman dalam organisasi yang boleh dikatakan besar dalam universiti ini.Sy jugak menerima nasihat daripada pelbagai pihak untuk menukar image sy sb sekrg sy kena jaga nama baik organisasi yang sy baru saja terpilih ni.so,transformasion in progress.

    sy banyak berceritakan kehidupan sy dalam organisasi sb sejak daripada sekolah rendah sy memang suka aktif dalam pelbagai program.Jadi Pengerusi pandu puteri,pengerusi kelab sains dan matematik,bendahri kelab catur,komander kawad kaki,altelit olahraga dekat sekolah,pemain catur peringkat daerah,pendebat peringkat daerah, dan banyak lagi..jadi dunia organisasi ini dah jadi sebhagian daripada darah daging sy.Tp bila sy masuk matrik,sy tak berapa nak aktif dalam organisasi kerana takut dengan masa.sb dekat matrik ini terlalu busy.masa menjadi sesuatu yang sangat penting.bila melangkah ke alam universiti ini,sy mula untuk mengaktifkan balik diri sy yang sebenar.cuma apa yang sy tengok dunia organisasi di alam universiti ni sangat lain.kita handle program tu sendiri.zaman sekolah dulu kebanyakkannya kita terima arahan daripada cikgu je.tp dekat universiti kita yang create program tu sendiri.lepas tu selepas habis program ada postmortem.Sy pulak jenis dalam organisasi memang serius dan jenis cakap terus terang.tapi seronoklah bila kita dh mula berkerja ke arah professional.

    apa yang sy tengok,overall untuk pertengahan sem 2 ni ialah ada ruang-ruang yang perlu sy perbaiki contoh mengawal tonasi suara sy bila bercakap,jadi tak adalah sy nasihat orang tapi orang fikir sy tengah marah sb sy jenis yang bukan simpan dalam hati bila sy dah luah.dan sy bukan jenis suka-suka je tak suka kat orang dan yang paling penting sy tak campurkan hal personal dalam hal kerja.jadi klu ada kawan2 sy yang call sy and sy letak,maksudnya sy tgh ada meeting or hal sb sy x suka angkat fon masa sy ada dalam majlis or meeting.perkara yang sy perlu perbaiki lagi ialah kena jadi lebih tegas sikit dalam tindakan sy dan jaga image sy.In Shaa Allah semua ni akan sy perbaiki dan laksananya bila naik cuti sem ni.TRANSFORMATION IN PROGRESS..WAIT AND SEE.

Sekian Saja Daripada Saya
Assalamulaikum :)




Sunday, January 19, 2014

Kembali Menulis..

    

wuuuhhh...dh berhabuk blog ni...lama sgt tak update blog...busy sgt dengan kehidupan sebagai seorang mahaisiwa...korang semua apa khabar??moga2 dalam keadaan sihat selalu...

hari ni sebenarnya tak nak cerita panjang sgt...cuma nk share kehidupan sebagai seorang mahasiswa...

errmmmmm...apa yang istimewa sgt ye??

sungguh pengalaman ni sgt berbeza drpd pengalaman belajar dekat Matrik dulu...dekat universiti ni kehidupan rase lebih bebas..nak2 duduk dekat Penang...mmglah byk tempat yg boleh pergi jalan2..tp sem 1 ni tak sempat sgt pun nk pergi meneroka Penang ni..sb dekat UITM Pulau Pinang ni sy aktif dgn aktiviti persatuan iaiti Jawatankuasa Perwakilan Sarjana Muda(JPSM)...seronok sb dpt berpeluang menimba pengalaman dlm persatuan ni...kita akan rasa lebih bertanggungjawab..ramai student sem 1 fikir yg mereka tak perlu aktif lg sem 1...nk aktif sem 2...sy berpendapat tak salah..ialah,lain orang,lain caranya...tp tidak bagi sy..disebabkan course sy ni 3 tahun je...why not I start from now..right??

Memang bila kita sertai aktiviti berpesatuan ni..masa kita tak akan sama dgn student lain..bg sy,bila sy aktif dalam persatuan..sy rasa satu kepuasan...dan sy dapat rasakan yg sy lebih menghargai masa...pantang ada masa lapang..mesti luangkan masa tu utk buat assignment yg byk tu...

Tamat sudah Sem 1,sy rasa,sepanjang sem 1 ni...sy menjadi pengurus masa yg baik..Alhamdulillah...sekarg cuti panjang..bulan march baru masuk balik...ermmm..dh tentunya sy nk update blog sy yg dh lama terabai ni..sebenarnya ni cuma mukhadimah je...hehe..dh lamakan tak menulis blog..jadi kena panaskan enjin dulu...nantikan update sy seterusnya...sy tengah mencari ilham sebenarnya..

ok..tu jelah untuk hari ni...
Assalamualaikum... ;)

Tuesday, July 30, 2013

My Journey Begin

 


 Lamanye tak update blog..huhu..

Result Matrik pun dh keluar..walaupun tak dapat 4.0 flat..sy bersyukur dgn final result sy 3.31..mungkin result tu yg terbaik utk sy..sb sy dh berusaha sebaik mungkin dlm final exam hari tu..Allah lebih tahu apa yg terbaik utk sy..

11/7/2013..itulah tarikh budak2 matrik,stpm,asasi dan setaraf dgnnya batch 2012/13 tahu keputusan penerimaan kemasukan ke universiti sesi 2013...dan Alhamdulillah sy dpt tawaran ke Universiti Teknologi Mara(UITM) kampus Balik Pulau,Pulau Pinang..lepas ni ceq speaking utara lah nampaknye..dan yg lebih mengejutkan sy ialah sy dpt course yg sy yakin sy ada bakat dlm course ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Kepujian)Pemasaran..tp yg lebih terkejut adalah Mak sy..sb dia tak sangka sy pergi mintak course ni..ialah dekat Matrik dulu sy ambil course sains pastu tiba2 tukar haluan ambil bidang marketing plk...semasa sy SPM sy ambil subjek sains pure dan juga prinsip perakaunan...bagi sy bidang marketing ni bukan bidang yg asing bagi sy..sy dh lame minat bidang ni....dulu masa sy lepas SPM pun sy mintak marketing dan sy dapat tawaran belajar di UNISZA dlm Diploma Pemasaran..tp disebabkan ramai sgt org nasihat dekat sy yg bidang marketing ni tak ada job..so,sy pun masuk matrik dgn 1 harapan iaitu nak jadi seorg doktor..tp,sb tak dpt 4.0 flat.so, takkan nak mintak medic kan??masa isi UPU hari tu,dia bagi 12 pilihan..8 pilihan teratas sy mintak byk course yg bekerja dkt hospital..memandangkan ibubapa sy bekerja di hospital..jd Mak sy byk bagi nasihat utk pilih kerjaya di hospital..

Jauh dilubuk hati sy..kerja kat hospital tu sy minat nak jadi doktor je...sb sy suka hidup yg sibuk..bergerak ke sana dan ke sini...masa sy isi borg UPU tu..sy berdoa agar Allah beri yg terbaik buat sy..dan apabila result keluar..ternyata course yg pernah sy tolak 2 tahun yg lepas dtg menjamput sy lagi..dan kali ni sy tidak teragak-agak utk menerimanya..syukur Alhamdulillah..sy akan buat yg terbaik..klu tanya kawan2 sy yang belajar kat matrik dgn sy dulu,mereka mesti akan cakap yg sy ada bakat dlm kerjaya marketing..cabaran yg paling sukar apabila ingin meyakinkan parents sy..mula2 mereka mcm ragu2 yg sy nak ceburi dlm bidang marketing ni..sampai mereka suruh sy check balik betul ke sy dpt course ni..tp lepas lihat sy semangat nk sambung belajar dlm bidang ni..jd akhirnya mereka blh terima..

seperti biasa,apabila persoalan yg selalu sy dengari 2 tahun lepas juga dtg menemui sy.."marketing x ada job"..kali ni setelah sy buat research ttg bidang ni dan meninjau peluang pekerjaan dlm bidang marketing di JobStreet..sy dapati..marketing adalah kerjaya ke-2 pling byk permintaan selepas bidang accounting..tp sebenarnya bukan data tu yg meyakinkan sy..yg meyakinkan sy ialah rezeki itu ditangan Allah..apa yg perlu kita buat ialah menuntut ilmu kerana Allah..soal kerja tu Allah yg tentukan..kita sebagai manusia ni perlu berusaha dan tawakal..In Shaa Allah..ada kejayaan yg menanti kita..Allah pasti akan bagi yg terbaik utk kita...yakinlah..

Sekian Terima Kasih.

Monday, May 13, 2013

Kehidupan Di Kolej Matrikulasi: Pengalaman

          hari ni akak nak share pengalaman akak ketika belajar di Kolaj Matrikulasi Pahang.mungkin in adalah episod terakhir daripada kesinambungan kisah Kehidupan Di Matrikulasi.tp sebelum tu akak nk bagi tahu..akak tahu ade sesetgh pembaca x masuk blog akak melalui Home..jd ade post2 akak yg pembaca x bace sb kadang2 ada soalan adik2 yg akak dh jawab dlm post akak dan ade yg akak dh terangkan dgn detail..jadi utk membaca post akak yg sebelum ni...pembaca dinasihatkan utk click Home kat bawah page..tp klu nk tanya soalan same pun akak x marah..cuma bila adik2 dh baca post akak yg baru atau yg terdahulu adik2 x akan buang masa nak taip soalan yg dh akak explain lepas tu nak tunggu jawapan akak lagi kan???dan sebelum tu jugak ni ada pengunguman drpd portal rasmi KMPh.akak harap lepas ni adik2 selalu2 lah melawat portal rasmi Kolej Matrikulasi masing2..klu kat portal rasmi KMPh ade note lagi yg adik2 blh download kat e-learning



Kolej Matrikulasi Pahang ingin memaklumkan bahawa semua pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej ini agar merujuk maklumat terkini berkaitan tarikh, prosedur pendaftaran dan maklumat-maklumat lain tentang pendaftaran di laman web rasmi Kolej Matrikulasi Pahang ini.
Tarikh dan prosedur pendaftaran adalah berbeza-beza mengikut kolej ( tidak termasuk yuran pengajian dan jurusan yang ditawarkan).
Antara makluman awal yang perlu diambil perhatian oleh bakal pelajar Kolej Matrikulasi Pahang adalah seperti berikut :

1. Tarikh pendaftaran pada 26 Mei 2014 adalah khas kepada pelajar-pelajar dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja.
2. Tarikh pendaftaran pada 27 Mei 2014 adalah khas kepada pelajar-pelajar selain dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan .
3. Dokumen peribadi boleh dimuaturun terus dari laman web Bahagian Matrikulasi.
4. Senarai blok kediaman beserta bilik akan dimuat naik dalam tempoh terdekat dan pelajar akan mendaftar terus di blok penginapan pelajar.
Maklumat-maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


ok..jom kita mulakan...

              masa mula2 akak nak masuk matrik ni tujuan akak hanya 1 iaitu ingin mendapat 4.0 dan nak jd doktor..masa hari pertama daftar mmg ramai gila org..pukul 2 ptg  baru akak dpt daftar..lepas tu bila nak sign utk dpt kan kunci bilik...akak mengitai jgklah ic roomates akak..bila tgk..ade 1 org budak Terengganu...uhhh...nasib baik ade geng..yg 2 org lg tu budak Pahang..lepas tu bila sampai bilik baru ingat x beli mangga utk kunci loker...nasib baik ade jualan dkt padang dekat dgn student centre...yang paling kelakar...akak boleh pulak sesat dlm kolaj tu...x tahu arah nak pergi tapak jualan yg td akak nampak mase daftar...penat jgklah berjalan...dgn cuaca yg panas..lepas tu bila mak ayah akak dh nak blk...mmg rase mcm nk nangis je..tp tahan je...buat slamber je..nanti mak ayah perasan plk..hari orientasi pun bermula...masa minggu ni mmg penat gila..x cukup tidur n x sempat nak makan.. akak rase akak boleh kira dgn jari kot berape kali akak pergi kafe nak makan..kat KMPh ade 4 kafe..kafe A,B,C n Admin..kafe A adalah kafe yg paling ramai org dtg makan..lepas tu masa minggu orientasi akak tak tahu pun kat mane mini market,cyber cafe,kedai alat tulis,kedai buku n bakery..utk pengetahuan adik2 yg bakal jadi student KMPh..kedai2 di semua terletak di Student Center...adik2 cari lah sign board ni n adik2 akan jumpa 'shopping mall KMPh'..bila minggu orientasi berakhir..ade borg akak yg tak lengkap...so,mmg terpaksa blk lah..kat dlm kampus ade kaunter jual tiket bus..so,bus akak pukul 9pm..perghh..first time akak keluar malam lepas tu balik rumah naik bus plk tu..mmg pengalaman yg bermakna..akak sampai kat Kuala Terengganu pukul 1 am...ni mmg first time blk pagi2 buta mcm ni kat rumah..masa tu Rapid kuantan x ade lg..so,kami naik teksi nak ke terminal Makmur..tp tak silap akak terminal makmur akan berpindah ke terminal baru..pengalaman yg plg x blh lupakan bila geng akak 5 org naik teksi...n pakcik teksi tu kate maximun teksi ni 4 org penumpang je dik..mase tu kita org dh cuak..tp mungkin pakcik tu kesian kat kitaorg..pakcik tu bwk jugak kami...bayaran RM10 seorg..



          pada bulan pertama akak duduk sini..kadang2 rase mcm nak nangis pun ade jgk..sb mungkin x biasa lagi dgn kehidupan kat sini...baru tahu mcm mane rase buat assigment yg mmg byk..sb mase akak sekolah menengah dulu..akak x ingat pun bila akak buat homework..hehe..tu lah akibatnya klu tak ajar diri kita hidup susah..tapi lepas tu ok je...hubungan pensyarah dgn student sini mmg rapat..siap blh ajak makan kat rumah lagi...kat sini pensyarah mmg komited giler..mmg tabik lah dgn pensyarah kat KMPh ni..masa Sem I..mmg byk sgt program yg dianjurkan oleh pihak kolej..kdg2 rase mcm penat sgt sb mereka buat aktiviti mase hujung minggu..akak ingat lagi kolej ade buat senaman aerobik..berape kerat je dtg..tp akak tak pernah pontenglah...takut terkantoi dgn petugas2 yg check bilik nanti..tp dlm byk2 program kat KMPh mase Sem 1 ni ialah Program the Blast-Off project ajuran unit physics..akak masuk pertandingan explorace...tapi akak jugak buat design roket air..roket air ni guna tekanan udara...ade sesetgh group tu yg sampai masuk dlm hutan sebelah..mmg best..

ni diantara design rocket akak..



nilah rocket kami..dari segi design mmg x berape nk jadi..tp penerbangan agak ok lah..

     hari-hari lain berlalu seperti biasa..duduk kat sini rase mcm cepat sgt mase berlalu..pengalaman akak mase nak UPS I plk mmg agak memenatkan..tp nasib baik ada cuti nuzul quran..jadi kami dpt extra masa utk study pada hari jumaat..kami kat sini mmg study group..tp ade jgk yg jenis suka study sorang2..itu terpulang kpd cara masing2..kami study sampai pukul 4am..lepas tu tidur setengah jam..n bersahur..UPS I kami pada bulan puasa..kat sini bila bulan ramadhan..semua kafe akan tutup n dibuka blk pada waktu petang..tapi masa akak dulu..ade 1 kafe yg buka utk sahur..klu tahun adik2 akak tak pasti..kepada yg non-muslim..masa bulan puasa ni mereka akan beli stok roti yg byk utk lunch..lepas tu blk kelas pukul 5 pm..mereka akan pergi makan kat kafe sb kafe dh buka masa tu..x akan nk bersesak-sesak makan dgn org yg puasa kan..so,mereka akan makan awal..kat KMPh jgk bila bulan ramadhan ade bazar ramadhan..byk jk gerai yg dibuka..gerai ni akan dibuka kat tapak parking kereta depan bangunan pentadbiran..kat,sini non-muslim ke..muslim ke semua membanjiri bazar ni..tiada halangan utk non-muslim dtg sini...adik2 perlu tahu yg dekat matrik ni semangat 1 Malaysia sgt kuat.....kami hidup saling menghormati antara 1 sama lain..kat sini pensyarah mmg tidak bersikap memilih kaum...semua mereka layan same sahaja..kat sini,kebayakan yg non-muslim adalah top student..akak ade 2 org kawan non-muslim yg straight A+..yg sorang tu kwn cina akak dpt 11 A+..kat sini perkongsian ilmu sgt diambil berat..tiada batasan dlm menuntut ilmu..cina blh ajar melayu..melayu blh ajar india..india blh ajar cina..akak nasihatkan adik2 kawan lah dgn ramai org...jadi adik2 akan tahu yg dlm dunia ni mmg ade mcm2 ragam manusia..


       klu cerita pasal outing plk..masa first time akak outing..akak agak nervous..ialah..jln2 kat negeri org..tp bila dh biasa outing dh x nervous...ade tu akak tak tahu jalan..so,akak naik teksi utk ke ECM..kene bayar RM4..tp bila kenal tempat baru tahu yg ECM tu dekat gila dgn terminal makmur yg lame..sb sekrg terminal makmur dh tukar dkt tempat yg agak jauh drpd pusat bandar..mmg rugi duit RM4 akak..boleh belih ais-krim cornetto kot..KMPh ni boleh dikatakan kolej dlm taman..klu waktu riadah biasa kami suka cycling..kat sini boleh pinjam basikal..kat sini jgk dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi...mmg tenang...kat sini jgk ade trek jogging..akak selalu jgk mase Sem I jogging dekat tasik belakang blok A1..

nilah tasik yg terletak dkt belakang blok akak iaitu blok A1..bilik akak dulu ialah A1-T1-17.

ni adalah tasik belakang surau Al-Mutaqqim..

ni adalah surau Al-Mutaqqim..ni gambar masa cuaca mendung nk hujan



ni adalah suasana kabus tebal di KMPh..
ni akak ambil dkt blok A..blok A ni terletak kat paling hujung kolej ni n dekat kawasan berbukit sikit..


         so,hari-hari lain tu mcm biasa jelah..tidur,mandi,study,buat assigment,makan..klu Sem II pulak agak sibuk jgk..Sem II ni pembelajaran dia agak mencabar..so,akak nasihatkan adik2 utk score mase Sem I..Sem II mmg sibuk..tp kat hujung minggu kolaj x byk sgt kacau masa student..so,kami pun menggunakan mase itu 1 hari utk outing n 1 hari buat assigment....so,bila outing mmg byk pakai duit..bila kira2 dkt RM100 kot akak belanja utk outing..akak tak tahu akak beli ape..tapi mmg byk belanja..adalah 1 kebiasaan utk student KMPh ni cari fast food masa outing..klu jalan kat ECM tu..jln2 jumpa budak matrik..jln lagi jumpa bdk matrik..mmg ramai student outing mase hujung minggu..dh tu je kan mase yg kami ade utk keluar..kat Kuantan ni ade 3 mall..tp akak suka pergi Mega mall.sb ade kedai buku popular..akak sgt suka dgn buku...so,klu tinggalkan 1 hari pun akak kat kedai buku akak tak kisah..klu ECM ni byk brg2 branded..tp..org selalu pergi ECM sb nk makan Big Apple dan nk tgk wayang sb wayang kat ECM ade 3D punye..klu Kuantan Perade plk byk jual baju n kasut...kasut kat sini mmg murah..klu nk beli baju raya..blh beli kat sini..dlm Sem II ni jgklah akak dh pecah record x blk selama 3 bulan..hehe..akhirnya anak mak dh blh berdikari..sedar x sedar..PSPM II pun semakin dkt..so,akak kene prepare awal..tp ade perkara yg menyedihkan telah berlaku seminggu sebelum study week..kami dikejutkan dgn kehilangan rakan seperjuangan kami..walaupun kami tak kenal mereka..tp pada waktu diumumkan yg rakan seperjuangan kami telah pergi buat selama2nya..semua org x blh nk study...semua org focus ttg berita terkini..akak sampai x boleh tidur mlm jgklah..ialah..bila kita fikir balik..maut itu menjemput kita tidak mengira usia..ade kawan akak sampai 2 hari x boleh tidur..sampaikan dia yg tak kenal arwah blh bad mood dtg kelas..x pernah2 akak tgk kawan akak tu bad mood...itulah ukwah yg terjalin dkt KMPh ni...walaupun hanya 1 tahun..menurut cerita org..tayar kereta arwah meletup lalu terbabas  n terbalik..arwah bersama 4 org lagi kawan arwah sewa kereta tu..jadi akak nasihatkan adik2 supaya tidak menyewa mane2 kenderaan bermotor sb adik2 tak tahu keadaan kereta sewa adik2 berada dlm keadaan baik atau pun tidak..so,please adik2..jgn sewa kereta..dlm undang2 matrik jelas mengatakan yg penyewaan kenderaan bermotor x dibenarkan..dan bila sebut pasal barg larangan ni..lupa nak bagi tahu adik2 yg barang elektrik yg menggunakan voltan yg tinggi adalah dilarang.contohnya ialah seterika,heater n periuk nasi..dan pengalaman paling best yg akak rase bila ada note yg ditampal pada pintu bilik kami pada malam sebelum PSPM II keesokkan harinya..note ni bukan kat pintu bilik akak je..tp kat semua pintu blok A1 aras 1 dan 2...tak tahu siapa yang tampal.. akhir sekali kami pun menjalani exam PSPM II..soalan agak susah..lepas tu tamatlah pengajian kami..lepas ni adik2 bolehlah jumpa dgn akak facilitator..ade jgk beberape kwn akak yg terlibat utk menguruskan kemasukan pelajar baru sesi 2013/14..akak nk apply jd facilitator..tp tarikh tu bertindih dgn tarikh family day akak..so,klu adik2 ade soalan..blh lah tanye kat ruang komen..akak x kisah adik2 tanya byk soalan pun..sb akak gembira adik2 ade semangat nk tahu..harap2 jugak adik2 dpt doakan yg terbaik utk result PSPM II akak nanti..so,GOOD LUCK..

note yg ditampal pada pintu bilik akak
sign board yg tak boleh dilupakan bila exam..
sekian,Terima Kasih..

Saturday, May 4, 2013

Kehidupan Di Matrikulasi: Cara Nak Survive

apa khabar adik2??sorry sb akak ambil masa yang lame nak update entry baru...result matrik dh keluarkan...so,macam mane???nak masuk matrik tak???pendapat akak lebih baik adik tunggu dulu result UPU keluar..manelah tahu adik dpt program asasi atau diploma yg lebih baik...dlm hidup ni kalau kita nk memilih kita kena compare jugak yg mana satu lebih memberi manfaat kepada kita...so,hari ni akak nak share cara nak survive dekat matrik ni..bagi yang nak masuk matrik maybe adik2 boleh take note sikit..klu yg memang confirm tak nak masuk matrik mungkin boleh baca sebagai bahan bacaan untuk meluaskan daya pemikiran kita.
    masa mula2 adik masuk dekat matrik ni adik mungkin akan mengalami homesick.homesick ni bila adik rase nk balik sgt2 dh..rase sedih...rase tension...klu akak dulu homesick akak,akak boleh pulak deman...tapi nasib baik satu hari je..hehe...cara nak mengatasi homesick ni hampir tidak dpt diketahui..tapi pengalaman akak yang melihat rakan2 yang tidak mengalami homesick ni..mereka mempunyai kawan2 yang ramai..bergaul dgn kawan2 blh membuatkan kesedihan atau tension kita blh hilang..jadi untuk permulaan tu banyakkan bercakap dgn kawan2..klu rase homesick tu datang try call mak ayah..klu handfon tak ade kreadit pergi bersembang dgn kawan2..
   cara nak study dekat sini pulak ade banyak cara..sebenarnya cara study dekat sini adalah sesuatu yang subjektif..dekat matrik ni..adik2 akan jumpa macam2 ragam manusia..ada yang jenis suka stay up sampai 3-4 pagi...ade yang suka tidur awal lepas tu bangun balik pada awal pagi...dan ade yg memang sgt focus dalam kelas..so blk bilik mereka akan buat assigment je...mula2 adik kena tahu corak pembelajaran adik2..sb lain orang lain cara mereka..cari cara study yg membuatkan adik selasa dgn cara study tersebut...x rase tension bila study..pendapat akak cara study terbaik ialah bila adik study adik practic...sb tu nanti bila adik2 masuk matrik nanti adik2 akan didedahkan dgn 3 cara pembelajaran iaitu kuliah,tutorial dan practical..dekat kuliah adik2 akan belajar sesuatu yang baru...bila masuk tutorial pulak adik2 akan buat latihan lepas tu bila masuk lab adik2 akan practic...itulah cara terbaik untuk study...tak bolehlah study tu hanya semata-mata membaca..kajian menunjuk orang yang mencatat apa yang mereka belajar lebih mudah uttuk mengingati apa yang mereka belajar...dekat matrik ni akak nak bagi tahu...mengatuk dalam kuliah adalah perkara yg biasa..dewan kuliah dh lah sejuk memang best tidur...lagi2 bila waktu petang..jadi dekat sini untuk focus dalam kuliah memang susah nak buat kecuali orang yang betul mempunyai otak yg cerdas utk focus..cara terbaik utk mengatasi mengantuk ni ialah tidur awal sikit..dalam pukul 12am tu adik2 tidurlah...tak perlulah untuk stay up kalau keesokan harinya ade kelas..dan cara nak hilang rase mengantuk adik2 bawaklah air mineral..klu minum air tak berkesan adik2 pergi tandas lepas tu basuh je muka...tapi masa akak study dulu akak malas nak keluar kuliah...so,akak akan curahkan air dekat tisu dan letak kat mata..tak pun akak letak je air sikit dekat tangan dan letak dekat mata..jadi cara study terbaik bagi akak ialah adik2 baca,lepas tu buat nota ringkas...nota ringkas disini bermaksud adik baca..adik2 ingat dan adik2 tulis balik ape yang adik2 ingat dekat kertas lain..lepas tu adik2 kene lah buat latihan...ilmu tanpa dipraktikkan is NOTHING...bila adik2 buat latihan adik akan tahu corak soalan sebenar..lepas tu adik2 kaji klu soalan tu tanye macam tu point ape yang perlu ade..klu nak cerita waktu yang sesuai untuk study..pendapat akak..waktu study yg terbaik ialah pada waktu pagi dan malam..start je pukul 1 pm..adik2 akan mula rase mengatuk,penat dan malas..so time nilah adik pergi buat urusan lain seperti membasuh baju,gosok baju dan seumpama dengannya...ni klu hujung minggu lah..klu hari yg ade kelas..akak nasihatkan supaya adik2 tidurdalam 15 minit semasa waktu rehat pada pukul 1-2 pm...akak tak galakkan adik2 makan makanan yang berat2 masa tengah hari...makan roti dh cukup..sb klu makan makanan berat mungkin adik2 akan berasa mengantuk dalam kelas nanti..
  Cara pengurusan masa dekat matrik ni sgtlah penting...80% student matrik stress sb masa...sb dekat matrik ni semua bende kena buat dgn laju..jadi penting untuk adik2 tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik..adik2 cubalah beli buku cara pengurusan masa sb akak bukanlah expert sgt dlm menguruskan masa...tapi masa akak belajar dulu..balik kelas pukul 5pm...akak akan rehat dan uruskan diri sendiri dulu...lepas tu dalam pukul 6 akak start buat assigment..biasanya klu petang akak buat subjek yang mengira contohnya fizik dan math..klu kerja yang melibatkan pembacaan seperti biology dan kimia...biasanya akak akan buat malam..kat matrik ni kadang2 ade jugak kelas tambahan..biasanya kuliah lah..sb lecture nak kejar silibus..bila habis cepat nanti boleh study cepat..klu sem 1 memang banyak program...ade je program yang pihak kolej nak buat..nasihat akak klu program tu wajib adik pergi je walaupun sibuk mane pun adik2...sebab semua aktiviti kolej boleh dpt markah kokurikulum..klu program tu tak wajib tapi memberi manfaat kpd adik2..akak nasihatkan klu adik2 ade masa adik pergilah..klu cerita tentang pengurusan masa pada hujung minggu pulak..klu sem 1..hari jumaat malam tu akak akan tengok movie ramai2 dgn roomate...akak tengok dekat lap top sb malas nak turun bawah..cafe tutup pukul 11...klu tengok mega movie pun separuh jalan je...tapi sem 2 akak tak buat macam ni dah sb tak sempat...banyak kerja..dekat matrik ni pentingnya adik2 menghargai diri sendiri...setelah lima hari bertungkus-lumus study dan siapkan assigment..x salah guna masa 3 jam pada hujumg mimggu untuk rehatkan minda..lepas tu hari sabtu pulak akak akan siapkan assigment yg perlu dihantar dan utk discuss pada minggu hadapan..hari ahad pulak akak akan guna mase tu untuk study..buat note sendiri...latihan sendiri dan lain2 lagi..
   Untuk pengurusan wang pulak adik2 juga perlu tahu...adik2 akan dapat elaun RM250 sebulan...disini penting untuk adik2 tahu membezakan antara keperluan dan keinginan..apa yang akak lihat...student yang memang bergantung kepada duit elaun ni sahaja yg bermakna tidak mengharapkan duit tambahan daripada ibubapa..biasanya mereka akan makan 2 kali saje..sarapan dan makan petang....makan petang tu untuk cover makan tengah hari dan malam...biasa mereka akan makan pada pukul 5-6 pm...hidup dekat matrik ni memang kita akan makan banyak...kejap2 lapar...klu duit elaun tu...90% guna untuk makan sahaja..jadi adik2 tak perlulah bimbang klu tiba2 adik masuk matrik adik2 makan banyak pulak sb makan banyak adalah perkara biasa dekat matrik...lebih2 lagi masa study weak nanti..klu cerita tentang pengurusan wang ni akak tak tahu sangat sb akak pun jenis yang main borong je klu nak beli sesuatu...tapi akak ambil pengalaman ini daripada kawan akak sendiri yang memang bagus dlm pengurusan wang...selain daripada makan 2 kali sehari...kawan akak ni jarang beli alat tulis dalam matrik ni..biasa klu balik rumah dia akan pergi beli dgn mak ayah...klu pergi beli dgn mak ayah mestilah pakai duit mak ayah kan....jadi duit elaun boleh jimat dekat sini...dia jugak x akan beli alat tulis tu sikit2...dia akan beli banyak sekali gus...yang boleh tahan berbulan-bulan..klu kawan akak yang lain pulak,dia akan catat jumlah perbelajaan dia dlm satu hari...klu hari ni dia dh terbih belanja dia akan kurangkan perbelanjaan dia untuk esok...tak pun biasa klu hari isnin dan khamis dia puasa...
akak rase cukuplah setakat ini saja...klu ade apa2 soalan bolehlah tanya diruang komen..klu akak tahu insyaAllah akak jawab...bagi yang dapat tawaran kemasukan ke program matrikulasi akak ucapkan tahniah.. dan bagi yang tidak dapat mungkin adik2 boleh buat rayuan...klu tak dapat tidak mengape...mungkin rezeki adik2 bukan dekat matrik..percayalah dipenghujung matrik nanti adik2 akan dapat sesuatu yang lebih daripada yang adik2 inginkan....atau mungkin harapan adik2 lain tapi bila masuk matrik ade sesuatu yang lebih baik adik2 dapat....secara sedar atau tidak sedar.. bagi yang dapat tawaran kemasukan ke Kolaj Matrikulasi Pahang...akak ucapkan selamat datang dan selamat belajar.
Sekian sahaja...Terima Kasih..