Saturday, December 29, 2012

Persaingan yg Tiada Penghujungnya...


    Assalamualaikum...

setelah sebulan menyepikan diri..kini sy kembali...kalau sy postkan sesuatu dekat blog sy maknanya sy berada di rumah...sebulan tak balik rumah..sy menggunakan cuti 3 hari ni untuk pulang ke rumah family sy...rindu sangat2 kat mereka...

   Hari-hari yg sy lalui kelihatan tidak mahu berubah lagi...kehidupan di Matrikulasi menunutut sy untuk terus sabar dan gigih...result PSPM I(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi) dah kelaur....apa yg sy nak katakan disini sy bersyukur dgn apa yg sy dapat...walaupun tak dpt 4.0...sy percaya setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan yg tersendiri...dan sy yakin dengan bakat yg diberi Allah kpd sy....dulu2 masa sy sekolah menengah sy selalu berangan nk jadi doktor...berlatar belakangkan keluarga yg berkerja dalam bidang perubatan membuatkan keiginan sy kian mendalam...namun setelah meneliti result Sem 1 sy membuatkan sy telah pun memadamkan impian itu...

  Namun..perpegangkan bahawa setiap orang ada kelebihan masing2 memberi sy satu semangat baru..hari berlalu begitu pantas....di medan Matrikulasi ini bakat sy mula menyerlah....sy tak pernah tahu sebelum ini sy mempunyai bakat dalam berkomunikasi dgn baik sehingga kadang2 perkara yg tak betul pun orang boleh percaya kat saya..tapi bukan sengaja cakap yg lain drpd fakta sebenar ye...sebenarnya sy ada sedikit silap faham dgn konsep yg sy bagi tahu dekat kwn2 sy dulu..tapi sy dah bagi tahu apa yg sy silap itu..biasalah sy pun manusia biasa,,tak terlepas drpd membuat silap...sehinggakan kawan sy kata..."Fifah klu kau jual product tarikh luput pun org beli tahu tak??"ermmmm...sy mula berfikir sejenak..

  Sebenarnya..sy dh tersilap langkah...sy mempunyai minat yg sangat mendalam dalam bidang perniagaan..tapi masa sy pilih course..sy tahu nak ikut kepala sy saje kan...maklumlah..masa tu sy masih lagi remaja..emosional lebih..kalau sy nak A..A lah yg sy nak...tidak ada org dpt halang sy...tapi masa mematangkan kita..kini sy lebih berfikiran terbuka..sy tak meyesal dgn apa yang sy pilih...sb sy masih ada peluang mendalami ilmu perniagaan...disamping sy belajar sains...sy boleh pergi mana2 seminar tentang perniagaan....so,saye blh dpt dua2 kan..sekarang sy tahu membezakan antara keinginan dan minat...moral value kat sini ialah kerjaya kita perlulah berdasarkan minat...bukannya keingin..barulah kita kerja tak stress..

  Yes...sy dah ada kerjaya yg bermain difikiran sy...sy nak jadi...eksekutif pemasaran..disebabkan sy suka sgt bercakap tentang perniagaan dan keutungan..sy rase itulah kerjaya yg sesuai buat sy ketika ini..


Angan yang tak sudah...

masa sy sekolah menengah dulu sy dgn 2 orang lagi kawan sy telah pun merancang satu perniagaan...kami terigin menternak lembu..mungkin ketika itu bila rakan sebaya kami mendengar rancangan kami mereka akan ketawa dahulu...namun kami bertiga mempunyai satu azam yg besar...objektif kami memilih untuk meternak lembu ialah kami ingin memenuhi dangin halal di Malaysia...daging2 dkt negara kita ni banyak lagi yg diimport dari negara lain..dari negara yg bukan islam pulak tu..mungkin sesetengah orang akan kata...klu daging tu diimport dari negara yg bukan islam tidak bermakna ia tidak halal...jadi jawapan sy mudah saja..kalau kita diberi pilihan untuk memilih daging yg datang dari negara bukan islam dgn negara islam... mana yg kita akan pilih???kalau kita tidak ragu dengan status halal daging import dari negara yang bukan islam pun..tidakkah kita terfikir kemanakah sebenar duit keuntungan pembekal daging negara yg bukan islam tersebut..jika kita beli daging yang kita tahu orang islam yg bekalkan..sekurang2nya kita boleh berprasangka baik bahawa orang islam tersebut membayar zakat..secara tak langsung pembelian yg hanya dipandang remeh oleh sesetengah pihak telah pun menyumbangkan kepada pembanngunan ekonomi orang islam yg sekarang ini byk konspirasi nak jatuhkan negara islam...

Strategi pemasaran product kami ialah...mula2 kami ingin membeli kepercayaan pelanggan kami..kami ingin pelanggan percaya dgn mutu,kebersihan dan status halal daging kami...kalau perlu kami akan buka seluas-luasnya pintu pagar ladang kami untuk anda melihat sendiri bagaimana kami memprosses daging..selepas itu kami ingin mejenamakan product kami...kami nak orang tahu jenama product kami..kami ingin memenuhi keperluan daging tempatan..dan selepas itu ingin mengexport daging kami di negara yang bukan islam...gologan sasaran kami adalam orang islam yg menetap di negara bukan islam..kami buka francies kami dgn jenama product kami yg terpampang di sign board kedai kami...selepas itu barulah kami ingin memasarkan product kami di negara islam...kenapa???persoalan ini sy tinggalkan untutk anda berfikir sendiri..dan kejayaan tertinggi yg kami ingin capai ialah menjadi syarikat pembekal daging mentah pertama Malaysia memperdagangkan saham kami di Bursa Malaysia..dan byk lagi strategi pemasarn yg ada dalam fikiran kami..tapi klu nak tulis kat sini nampaknya kena terbitkan satu buku lah nampaknya..

Ini adalah angan2 kami semasa kami berusia 17 tahun...kami berharap dapat melaksanakan hasrat kami ini...kami bersetuju untuk cari modal dahulu...sekarang ni kami berusia 18 tahun...masih lagi belajar..apa2 pun manusia hanya merancang tapi Allah yg tentukan..manusia merancang..Allah merancang juga..tapi perancagan Allah lah yg terbaik..segala-galanya kami berserah kpd Allah...dengan usaha dan keazaman yg tinggi diiringi doa...Inshaa Allah kami akan berjaya..kalau kami ini masih diberi kesempatan utk hidup lagi di bumi Allah ini...Inshaa Allah..

sekian,terima kasih...
Asssalamualaikum...