Thursday, December 22, 2011

2012...Realiti atau Fantasi???

sedar atau tak sedar 2012 akan menjelma tidak lama lagi.ramai yang memperkatakan mengenai 2012.
biar saya jelaskan kepada yang belum faham.2012 merupakan tahun penamat bagi kalendar kaum mayan.2012 juga di tafsir oleh ahli tilik eropah,iaitu  nostradomus sebagai tahun kemusnahan.Ramai pengkaji sejarah percaya ramalan nostradomus ini kerana banyak ramalan beliau yang betul.contohnya dia meramalkan akan runtuh kembar di barat...tah ape tah saya pun tak ingat dah...tapi ramalan itu menunjukkan runtuhnya bangunan WTC di New York pada 11 september 2001 dan akan berlaku krisis ekonomi di eropah dan banyak lagi...

Rahsia Senjata Melayu Yang Terkubur

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Tuesday, July 5, 2011

TAHAJJUD CINTA -TV3, ZEHRA SLOT

Bila baca saja tajuk drama ni memang dah main dekat fikiran bahawa cerita ni adalah cerita islamic...dengar tajuk cerita ni macam best je..harap-harap best lah kan..macam cerita Nur Kasih dan Nora Elena dan banyak lagi.....sekarang ni saya tengok kita punya industri dalam perfileman,drama mahu pun muzik dah semakin rancak...dah kurang drama-drama Indonesia dan muzik-muzik mereka masuk Malaysia...saya tak pasti apa sebab nyer...tapi disebabkan kurangnya kemasukan karya-karya mereka menyebabkan kita semakin melihat produk tempat yang jauh labih bermutu dan memperlihatkan kemampuan kita dalam menghasilkan karya-karya yang terbaik..tapi sebanarnya jika kita lihat bukan karya Indonesia sahaja yang dah kurang masuk Malaysia kita pun lebih banyak menumpukan muzik dan filem atau drama tempatan berbanding luar negara termasuklah produk-produk Hollywood.kalau kita lihat ada saja penyanyi baru lahir dalam industri kita dan ada saja filem-filem dan drama-drama yang dapat digarap dengan begitu baik...khabarnya banyak lagi filem yang sedang menunggu untuk di tayangkan.disebabkan tayangan filem yang seterusnya perlu menunggu masa 2 minggu untuk di tayangkan bagi mengelakkan persaingan yang hebat menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama walaupun filem mereka dah lame siap...tapi tak tahu lah betul ke tak kan....saya cuma dengar-dengar macam tu je lah..
Itu hanya pandangan dan pendapat saya saja..so,enjoy lah dengan drama-drama,muzik-muzik dan filem-filem kita...cintailah produk Malaysia...ini adalah antara drama yang dijangkakan akan meletup yang akan menggantikan Keranamu Laila dalam slot Zehra..ramai jugak pelakon-pelakon yang dikenali membintangi drama ni seperti Fazura,Fauziah Gous,Remy Ishak,Tizz Zakiah,Aaron Aziz,Neelofa,Shahz Jaszle,Norish Karman,Eman Manan dan ramai lagi....






ini adalah sedikit sudutan drama Tahajjud cinta:



Sinopsis Drama Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. – Mstar.com.my

Drama 13 episode ini hasil terbitan dari syarikat produksi Rumah Karya Citra akan mula ditayangkan pada 8 Julai pada setiap Jumaat pukul 9 malam...so.hayati lah masej yang ingin disampaikan.....

Thursday, June 9, 2011

Sukuk perkukuh Malaysia pusat kewangan Islam global


Posted on the February 22nd, 2011 under Ekonomi by Koko Jumbo 

PENERBITAN sukuk global pada tahun ini dijangka mampu melonjak melepasi paras tertinggi yang dicatat pada 2007, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam utama pada peringkat global.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata daripada AS$35 bilion (RM106.15 bilion) bon Islam itu yang diterbitkan pada peringkat antarabangsa, dua pertiga atau AS$13.8 bilion (RM75.67 bilion) adalah diterbitkan di Malaysia.
Katanya, kini Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam menerajui industri kewangan Islam global, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Indonesia dan Bahrain.
“Daripada kelulusan yang diterima Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), kami yakin terbitan sukuk akan melepasi paras 2007 pada tahun ini,” katanya selepas melancarkan Platform Kewangan Islam Komprehensif (ISLM) Bloomberg dan Indeks Sukuk Ringgit Malaysia (MYR) di Kuala Lumpur, semalam.



ISLM adalah sumber maklumat komprehensif disediakan Bloomberg untuk meningkatkan ketelusan, menghubungkan pengguna serta menyediakan alat analisis untuk memaksimumkan prestasi pelaburan dalam pasaran berkembang pesat bagi produk dan perkhidmatan patuh syariah.
Indeks sukuk MYR pula dibangunkan Bloomberg dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan Islam (AIBIM) bagi menyediakan penanda aras untuk pelaburan sukuk MYR.
Sementara itu, Zeti ketika menyampaikan ucaptama pada majlis itu berkata, terbitan sukuk global tahun lalu mengatasi 2009 lebih 20 peratus dan pertumbuhan positif itu membolehkan industri kewangan Islam berada pada kedudukan mantap tahun ini.
Beliau berkata, indeks sukuk MYR pula menandakan satu lagi kemajuan dalam persekitaran kewangan Islam Malaysia kerana ia mengukur prestasi sekuriti kerajaan berlandaskan Syariah yang disebut nilai dalam ringgit sebagai tambahan kepada tujuan penanda aras.
“Pembangunan ini menjadi sebahagian daripada sokongan berterusan oleh AIBIM dan Bursa Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama dunia,” katanya.
Selain itu, Zeti berkata, Malaysia akan memulakan dagangan sukuk rentas sempadan dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini dengan Perbadanan Penjelasan Elektronik Malaysia (MyClear), anak syarikat milik penuh BNM akan melaksanakan inisiatif untuk memperkenal transaksi kewangan rentas sempadan yang cekap, boleh dipercayai dan terjamin.
“Pelaksanaan inisiatif yang akan selesai dalam enam bulan kedua 2011 ini menawarkan akses kos berkesan bagi pelabur asing untuk melabur dalam sekuriti Malaysia yang didepositkan dengan MyClear.
“Ini akan membolehkan pelabur Malaysia melabur dalam sekuriti asing yang didepositkan dengan institusi depositori sekuriti pusat serantau dan antarabangsa.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kita terhadap penyepaduan kewangan di rantau ASEAN dan sistem kewangan global melalui pautan yang lebih rapat dengan depositori sekuriti pusat lain iaitu Euroclear dan Central Moneymarkets Unit (CMU) Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong,” katanya.
Sementara itu, Dr Zeti berkata, Perbadanan Pengurusan Mudah Tunai Islam Antarabangsa (IILM) yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu akan menerbitkan instrumen mudah tunai dalam tahun ini.
“Ini akan membolehkan aliran kewangan rentas sempadan diuruskan dengan lebih cekap dan sekali gus menyumbang ke arah perkembangan cekap kewangan Islam di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dipetik Daripada  Berita Harian



Thursday, June 2, 2011

10 sebab saya suka rakyat Malaysia...

10 sebab saya suka rakyat Malaysia:

1.Rakyat Malaysia sangat perihatin dengan kesusahan yang di hadapi oleh orang lain tidak kiralah dalam negara atau luar negara...patang dengar bencana berlaku mesti lancar tabung untuk kutip derma...menghulurkan derma bukan menjadi satu masalah yang besar kepada rakyat Malaysia...walaupun derma itu sedikit,apa yang penting ialah keikhlasan dalam menderma...

kadang2 saya benci facebook

kenapa saya benci facebook????sebab budak2 dkt facebook tu tahu bercinta jer....bila saya share ape2 kan diaorg buat don't know je....rasenye lebih baik saya cakap dgn dinding je...sukurang2nya saya tahu yg dinding tu pekak...tak boleh baca..bisu...daripada cakap dgn manusia yg sempurna akal dan sensory organ mereka tapi macam x sempurna jer...kadang2 saya rase benci kawan dgn remaja sb diaorg nie malas nak fikir sesuatu benda tu...diaorg belajar sb exam je...bukan nyer diaorg tu betul2 nak belajar....pada pendapat saya bijak tu lebih bernilai daripada pandai...harap2 remaja akan datang tak macam nie....