Thursday, June 2, 2011

10 sebab saya suka rakyat Malaysia...

10 sebab saya suka rakyat Malaysia:

1.Rakyat Malaysia sangat perihatin dengan kesusahan yang di hadapi oleh orang lain tidak kiralah dalam negara atau luar negara...patang dengar bencana berlaku mesti lancar tabung untuk kutip derma...menghulurkan derma bukan menjadi satu masalah yang besar kepada rakyat Malaysia...walaupun derma itu sedikit,apa yang penting ialah keikhlasan dalam menderma...


2.Rakyat Malaysia juga sangat menjaga budaya mereka dan sangat menghargai budaya mereka tidak kiralah budaya melayu,cina,india,iban dan lain-lain.walaupun ada yang mengatakan Malaysia mencuri budaya mereka(negara manalah tu???)tapi saya percaya akan sejarah.....bak kata Tun Dr Mahathir "Bangsa yang tidak mempelajari sejarah adalah bangsa yang lemah"(lebih kurang lah...ingat2 lupa lah)


3.Rakyat Malaysia juga suka mempromosikan produk pelancongan negara kita...kalau jumpa orang asing kebiasaannyer merka akan jemput mereka untuk melancong di Malaysia...walaupun bukan semua tetapi mejoritinya memang macam tulah...


4.Selain itu rakyat Malaysia juga banyak berangan...angan-angan ini bagus tetapi jika terlebih-lebih akan mendatangkan kemudaratan jugak..daripada anga-angan inilah lahirnya impian..dan seterusnya menggerakkan kita itu mencapai impian itu...

5.Rakyat Malaysia juga sangat gemarkan teknologi..pantang tengok teknologi baru keluar mesti orang berpusu-pusu untuk mendapatkan teknologi tu khususnya teknologi yang melibatkan digital...tengok lah bila iPhone4 dan iPad dihebohkan....memang orang berebut-rebut nak beli...harga bukan menjadi masalah bagi mereka sebab benda-benda macam ni harga kebanyakannya bawah RM2000..bergatung kepada kualiti dan jenama lah...


6.Rakyat Malaysia juga tidak terlalu mengikut emosi dalam sesuatu tindakan..mereka lebih suka berbincang sesuatu masalah itu..walaupun bukan semua rakyat Malaysia begitu tetapi mejoriti memang lebih suka berbincang..kalau mereka ingin meluahkan sesuatu perkara demostrasi adalah perkara terakhir untuk dipilih...lagipun media Malaysia sangat prihatin degan masalah masayarakat Malaysia...media ini menjadi medium diantara rakyat dan pemimpin untuk menyatakan masalah mereka...lagi pun perdana menteri kita sendiri ada twitter,facebook.blog dan lain-lain untuk mendekati rakyat..jadi senanglah rakyat ingin menyatakan pendapat mereka..

7.Selain itu,rakyat Malaysia juga menjaga tutur kata mereka atau senang kata berbudi bahasa...mereka tidak sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata yang kesat kepada seseorang..kalau mereka berbuat begitu memang orang yang dilemparkan kata-kata tu memang tidak ada budi bahasa lah kot..contoh kata-kata kesat bagi rakyat Malaysia ialah 'Kurang ajar','Biadab' dan ada lagi yang lainlah....

8.Rakyat Malaysia juga suka mempromosikan produk-produk tempatan ke luar negara untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia...sekarang ni pun Durian dah masuk pasaran China...mangga dah masuk pasaran jepun...dan banyak lagi...jika kita lihat kebanyakan produk Malaysia pasti akan mempamirkan identiti negara kita...


9.Rakyat Malaysia mempunyai semangat ingin meneroka....mesti ada saja benda yang mereka ingin terokai tak kira lah dalam bidang teknologi,angkasa,pertanian dan lain-lain...


10.saya juga suka dengan rakyat Malaysia kerana mereka mempunyai pertalian saudara yang rapat...musim perayaan adalah musim paling seronok kerana di sini lah akan memaparka rakyat Malaysia yang mempunyai semagat bekarjasama dalam membuat sesuatu pekerjaan...


    saya bangga menjadi rakyat Malaysia..apa yang saya tulis ini bukan semua yang begitu ya...nanti ada pulak yang salah sangka...saya menulis ini atas dasar pemerhatian saya selama ini saja..ada banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki..jadi marilah sama-sama kita merealisasikan impian negara...sampai disini sajalah laporan saya pada hari ini....wassalam...

No comments:

Post a Comment