Sunday, February 3, 2013

Kehidupan di Matrikulasi:Pengenalan




Assalamualaikum semua...

seperti yg dikhabarkan...sy ingin berkongsi pengalaman sy ketika first time masuk Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh)...orang selalu kata yg matrik ni susah...tapi sebenarnya tidaklah sesusah yang digambarkan...bak kata cerita Sea Food "if you don't go for it...you never know" hidup dekat matrik ni akan jadi susah kalau kamu malas je...

sebelum kita pergi lebih dalam lagi...apa kata kita berkenalan dgn sistem yg digunakan dlm matrikulasi ni...sebab sistem yg digunakan dalam matrikulasi ni tak sama dgn universiti...matrik ni sebenarnya setaraf dgn STPM,STAM dan Asasi...cuma yang membezakan matrik dgn yang lain2 tu adalah suasana pembelajaran je...matrik ni terbahagi kepada 2 iaitu Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT)..PST ni ada 2 semester manakala PDT ada 4 semester...perbezaan PST dan PDT selain daripada tempoh pengajian ialah cara pembelajaran...klu PST kita akan belajar dgn lajunya...klu PDT ni slow sikit tp student PDT akan belajar mendalam sikit daripada student PST..

Kalau exam pulak...kalau exam akhir Sem utk PST sesetengah subjek boleh mencapai 15 Topic...klu PDT,final exam mereka akan masuk separuh daripada topic PST punya...sebenarnya kalau nak kata PDT lagi senang daripada PST tak jugak sebab PDT walaupun mereka belajar slow sikit tapi mereka belajar lebih mendalam sikit daripada PST..cuma PDT ni ada masa jugaklah nak bernafaz dgn tenang..PST ni terkejar-kejar sikit...sb kitakan nak habis awal pengajian kita..so,laju lah sikit...dekat matrik ni...adik2 sgt perlu untuk memenukan diri adik2 supaya berdisiplin dgn masa...klu adik2 tak berdisiplin dgn masa maka rugilah adik2...

Dekat matrik ni kita cuma ada dua jurusan je...iaitu Sains dan Akaun..tapi sains pulak dia pecahkan kpd 3 modul iaitu:

-Modul 1:Fizik,Biologi,Kimia dan Matematik
-Modul 2:Fizik,Kimia,Sains Komputer dan Matematik
-Modul 3:Biologi,Kimia,Sains Komputer dan Matemetik

kalau Akaun pulak...adik2 akan belajar subjek Akaun,Bussiness,Ekonomi dan Matematik.. dekat matrik ni kalau jurusan sains kami belajar fully in english...kalau akaun korang akan belajar dalam bahasa melayu...dekat sini jugak adik2 bukan setakat kena belajar 4 subjek tu saje...ada jugak subjek tambahan iaitu bahasa inggeris,pendidikan islam utk org islam dan pendidikan moral utk non-muslim..adik2 juga akan belajar Dinamika dan Kokurikulum...mesti adik2 tertanya-tanya apa itu Dinamika kan???Dinamika ni adik2 akan belajar skill2 nak berdepan dgn khalayak ramai..jadi adik2 ni tak adalah study je,,,tapi adik2 juga kena berkomunikasi dgn org ramai...sb kita hidup dkt dunia ni bukannya sorang2 kan..dinamika ni banyak sikit keje...adik2 kena handle majlis,kena berucap,kena buat folio utk mintak keje(yg ini bergantung kpd pensyarah...sb ada pensyarah suruh buat folio utk sambung belajar)adik2 kene buat perbentangan(guna power point)..semuanya bertaip..kalau Kokurikulum pulak...kokurikulum ni tak 100% sama masa sekolah dulu...sb dkt sini tak perlulah nak beli baju Uniform...nanti adik2 akan dpt baju T-Shirt utk KOKO ni...KOKO ni lebih kpd sukan..contohnya klu kat Matrik Pahang ni kami ada Kelab Memanah,Tennis Skuasy,Futsal dan macam2 lagi..apabila masa KOKO adik2 akan belajar cara bermain sukan yg adik2 jadi ahli dalam kelab tu..kalau Sem 1 adik2 belajar KOKO jadi adik2 takkan belajar dinamika...klu Sem 2 adik2 belajar dinamika jd adik2 takkan belajar lagi dh KOKO..maknanya adik2 akan belajar KOKO satu Sem je...satu Sem lagi adik2 akan belajar dinamika plk..

Kalau dekat Matrik ni adik2 akan belajar dgn dua cara iaitu Kuliah dan Tutoran...klu Tutoran....adik2 akan belajar dlm suasana kelas...kira macam kelaslah...satu kelas tu ada lebih kurang 20-28 org..dlm Tutoran ni adik2 akan banyak diberi latihan...Tutoran ni kira mcm ingin merperkukuhkan lagi pembelajaran melalui latihan...kalau kuliah pula adik2 akan diajar topic2 baru...maknanya adik2 dgr sajelah apa yg disampaikan oleh pensyarah...dlm kuliah pula akan digabungkan 5-7 tutoran...klu dkt Matrik Pahang kami ada 4 dewan kuliah kecil dan dua dewan kuliah besar..dekat matrik ni kita tidak ada kelas yg tetap...setiap 1 jam adik2 perlu berpindah kelas untuk pergi ke kelas lain pula utk subjek yg lain...kalau dekat Matrik Pahang ni kelas kita akan bermula pada pukul 8am-5pm...rehat pada pukul 1pm-2pm..tapi dalam 1 hari tu biasanya ade 1 atau 2 gap...contohnya..mungkin kwn2 adik ada kelas pukul 10am...tapi adik mungkin tak ada kelas pukul 10am...jadual kelas akan berbeza utk setiap tutoran...klu adik2 tutoran 6M1S38..so,jadual kelas adik2 takkan same dgn turotan 2M1S14...dekat sini pakai kuliah adalah wajib berpakaian formal..bagi lelaki baju kemeja,tali leher,stokin dan kasut..bagi perempuan plk berbaju kurung dan bertudung bagi muslim..klu dkt KMPh ni non-muslim biasa pakai baju kurung dan baju kemeja..bagi kaum india pula..Sari yg sopan dibenarkan...serta mestilah berstokin dan berkasut...biasa student sini beli stokin yg jenis stokin Skin tu...yg jenis tak tebal sgt tu...ni bukannya sekolah lagi nak pakai stokin tebal2..

Kalau cakap pasal Outing pulak..adik2 dibenarkan utk Outing pada setiap hujung minggu jika tiada aktiviti kolej...tapi sesetengah Matrik...mereka asingkan waktu outing pelajar perempuan dan pelajar lelaki....so,adik2 hanya boleh outing 2 minggu sekali...tp utk Matrik Pahang buat masa ni tak ada pengasingan outing dilakukan...pakaian outing pulak mestilah sopan....sopan tak bermaksud pakai baju kurung tapi sopan ni ialah pakaian yg tak menjolok mata...tak kisah lah lelaki ke perempuan...sb sekarang ni mcm2 fesyen yg pelik2...baju dh semakin kecik tak kiralah lelaki ke perempuan...agak2 dunia ni dh semakin kekurangan kain kot...bagi perempuan pastikan nak outing tu pakaian tak ketat atau jarang atau apa2 yg menyumbang kpd ketidak sopanan dlm berpakaian...lelaki plk..anda diwajibkan mamakai baju yg berkolar...selipar jepun tidak dibenarkan utk dipakai semasa outing...klu nak outing pakai sandle blh...masuk matrik ni...profasionalisme sgt diambil berat sehingga cara kita berpakaian pun perlu ada guide...sb tulah pelajar matrik kena belajar dinamika...sb nak ajar mereka cara nak jadi org profasional...dlm dinamika cara makan yg beradab pun diajar...jika adik2 didapati tidak menepati syarat berpakain semasa outing..adik2 akan diarahkan utk naik bilik tukar baju yg sesuai baru blh outing...masa outing plk adik2 akan dibenarkan keluar drpd jam 7am sehingga 7pm...klu kat KMPh kami naik bas Rapid Kuantan yg akan tunggu betul2 dpn pagar KMPh...bas tu bernombor 100 utk ke Terminal Kuantan..

dekat Matrik ni exam yg dibuat serentak di seluruh Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia adalah Ujian Pertengahan Semester(UPS) dan Penilaian Semester Program Matrikulasi(PSPM)..biasanya lepas UPS adik2 akan cuti 1 minggu...dan PSPM plk 2 minggu.dekat Matrik ni 70% markah akan diambil  drpd PSPM...10% drpd UPS dan 20% lagi akan diambil drpd markah Penilain Berterusan(PB) yg merangkumi markah kerja amali, assigment dan test...Test ni lain drpd UPS dan PSPM...sb test ni akan dibuat oleh pensyarah yg mengajar kita sahaja...biasanya test ni mempunyai 1-2 soalan yg(10 markah) simple test jelah...tanye2 meaning lepas tu formula...oleh sb tu lah dkt Matrik ni perlunya adik2 sentiasa study...sb boleh dikatakan setiap minggu ada test...bila sy kira...dalam Sem 1 sy ada 42 test bagi 42 chapters tak termasuk UPS dan PSPM utk 4 subjek...sy ambil Modul 1..tapi sebenarnya tak terasa pun yg rupa2nya ada 42 test sb tak sempat pun nak kira...

dan last sekali...dekat Matrik ni pelajar diwajibkan ambil MUET...MUET ni exam bahasa inggeris yg melibatkan reading,writing,listening dan speaking...MUET ni menggunakan 'panggilan' band utk menunjukkan tahap bahasa inggeris anda...contoh klu A+,A,A-...tapi MUET ni pakai Band...band 1 adalah tahap penguasaan BI yg sgt lemah...manakala band 6 adalah level yg paling tinggi dlm MUET...maknanye klu dpt band 6 ni kira mmg Pro lah BI..sb nak dpt band 3 pun susah apatah lagi band 6...kat matrik ni mmg ramai yg dpt band 2...oleh sb itulah ramai yg kena repeat. MUET blk...dapat band 2 sebenarnya boleh je masuk Universiti tapi adik2 kena ulang jgk nanti masa dkt Universiti sb syarat utk graduate U mesti dpt sekurang-kurangnya band 3...tapi lebih baiklah adik2 ulang dkt matrik sb sekrg ni persaingan terlalu sengit..bayangkan adik2 bersaing dgn pelajar yg nak sambung ijazah seramai +/- 14000...jadi klu nak nilai drpd result adik2 je tak cukup....dkt matrik ni MUET akan diambil pada bulan november...tapi klu mengulang adik2 akan repeat bulan mac...MUET ni dlm setahun hanya ada 3 sesi je...1)masa bulan Mac dan result akan keluar bulan Mei...2)bulan Julai dan result akan keluar bulan 9...dan 3)bulan november dan result akan keluar bulan Januari..adik2 akan masuk universitu pada bulan 9...bulan 9 tu masuk U ye bukan isi borang U sb Borang U akan diisi pada bulan Januari hingga bulan April...dan blh dikemaskini pada bulan Mei...jadi masa yg sesuai nak repeat adalah bulah Mac je...sb bulan Julai result x sempat nak keluar sebelum bulan 9...so,adik2 buatlah yg terbaik utk MUET ni...bukan best tau main repeat2 mcm ni...byk lagi benda yg perlu kita fikirkan...

jadi,setekat di sini saja pengenalan kita tentang Matrikulasi...harap2 jika ada salah dan silap minta dimaafkan...Inshaa Allah nanti kita sambung lagi utk episod akan dtg...perkongsian maklumat ni bukan bertujuan utk menakutkan adik2 tapi sy nak adik2 cuba mempersiapkan diri dari segi mental supaya adik2 tak stress sgt nanti...walaupun ada sesetengah itu sgt pahit tapi itulah realiti...tak semuanya manis ok...kadang2 kita perlu bukakan fikiran kita untuk terima yg pahit tu satu cabaran...sb tanpa cabaran....kita takkan berubah...



Sekian...Terima Kasih..


Saturday, February 2, 2013

Jannah Itu Lebih Indah Daripada Bayangan

Assalamualaikum....

   Bertemu kita kembali...syukur Alhamdulillah,sy masih lg diberi peluang utk menghirup udara dan dpt melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t...banyak perkara yg berlaku sepanjang bulan januari ni....yang sedikit sebanyak telah banyak menyusun langkah saya dgn lebih teratur utk mencari keredhaan Allah...banyak perkara yg saya belajar namun...apalah sgt jika dibandingkan dgn ilmu Allah....

Hari demi hari....masa berjalan bergitu pantas....jam berdetik tanpa sedikit pun berganjak ke belakang..."hidup ini pelik" itulah kata2 yg keluar dari mulut sy sebaik sahaja kami melangkah keluar menuruni anak tangga......namun,kwn sy menyapa sy "hidup tak pelik...tp manusia yg membuatkan hidup ini pelik"....ermmmm....sy berfikir sejenak....ya...betul tu...melihat kes2 jenayah yg selalu menjadi tajuk utama di dada2 akhbar buat sy terfikir dimanakah terletaknya masa depan sebuah negara yg dinamakan Malaysia jika generasi muda mereka hanyut dlm kemodenan...tidakkah mereka terfikir..bertapa mereka memikul tanggungjawab yg besar terhadap agama,bangsa dan negara..itulah puncanya kenapa sy mengatakan bahawa hidup ini pelik kerana org yg dapat melihat tidak meggunakan penglihatan mereka...sy tahu bukan semua...namun sy ingin kita semua ambil ikhtibar drpd apa yg berlaku...tetapi bukanlah perkara ini yg sy mahu perdebatkan nanti dah jadi mcm karangan SPM lah pulak kan....kdg2 apa salahnya jika kita serious skt dlm sesetengah perkara kan???hidup ni bukan tahu untuk ketawa saja...

bulan ni sy berkesempatan berjumpa dgn Imam Muda Nuri,Ustaz Dr.Farhan dan isterinya Ustazah Fatimah Syarha di Kolej Matrikulasi Pahang...kadang2 sy terasa ingin sgt menjadi seperti mereka...namun bayak lagi perkara yg perlu sy perbaiki...kita mmg tak boleh jadi orang lain...tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik daripada kita semalam...ingat lepas habis matrik ni sy nak pergi menuntut ilmu agama dgn lebih mendalam..teringin sgt nak hafal Al-Quran dan Hadis..tp nak hafal Al-Quran kena bersihkan hati dulu...sb ayat Al-Quran tak melekat dkt hati org yg banyak buat dosa...sy teringin mengamalkan kehidupan islam yg sebenar..ingin mempersiapkan diri menuju kehidupan yg berkekalan...ingin mepersiapkan diri menjadi isteri yang solehah....ingin memilliki suami yg dpt membimbing sy ke syurga...Inshaa Allah jika dipanjangkan umur... teringat pertanyaan Imam Muda Nuri "kita ni asal dari mana??"...maka pelajar2 matrik pun jawablah dari tanah...ada yg jawab drpd setitis air mani dan mcm2 lagi....tapi Imam Muda Nuri jawab "kita ni asal daripada syurga...jadi nanti kalau kita mati,kita nak balik ke syurga atau neraka???mestilah syurga..kenapa kita nak pergi neraka yg bukan tempat asal kita..."

kata2 tu buat sy berkata-kata dalam hati kecil sy..."ya aku ingin ke syurga...ingin melihat tempat asal ku yg sebenar..." dari situlah sy mula mengubah diri sy sedikit demi sedikit...bukan perubahan yg drastiklah...sy pakai stokin keluar hostel pun org tanya sy kenapa pakai stoking???tak kurang juga yg menyindir "hai..pakai stoking nampak"...tp sy hanya berdiam diri...dan selepas tu sy tgk dia pulak yg mula keluar hostel pakai stokin..Alhamdulillah..ingin berubah itu datangnya dari niat kita dulu...sedangkan kita berniat untuk berbuat baik pun dah dapat pahala...apatah lg membuat kebaikan..tgk bertapa senangnya nak dpt pahala...tp org tetap nak buat dosa jgk....



sy pun tidak mahu berleter panjang2...inshaa Allah post2 yg akan datang sy ingin ceritakan pengalaman sy belajar di matrik utk dikongsikan kpd adik2 lepasan SPM 2012 dan seterusnya...harap2 sedikit sebanyak dptlah membantu adik2 yang teringin nak belajar dkt matrik ni mcm mana nak survive...jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi..ok...maafkan salah silap sy ya...sy pun masih belajar utk jadi org yg lebih baik..

sekian,Terima Kasih..