Wednesday, March 28, 2012

Asasi vs Matrikulasi vs Diploma vs Tingkatan 6 vs Sijil vs Tahmidi

Bila keluar je result SPM...mesti ada diantara pelajar lepasan SPM tak tahu nak pilih mana satu sama ada Asasi,Matrikulasi,diploma,Sijil dan tingkatan 6.....sebenar nya Fifah pun masih lagi keliru nak masuk mane satu....tapi apa-apa pun Fifah ada buat research sikit dekat internet tentang perkara ni dan Fifah nak share lah dekat kawan-kawan sekalian....harap dapat membantu dari segi menambahkan pengetahuan tentang tajuk kita di atas....ok...mula-mula kita tinjau dulu kelebihan dan kekurangan Asasi,Matrikulasi,Diploma,sijil dan Tingkatan 6 ni...maklumat ni pun Fifah jumpe dalam blog org lain....  

Matrikulasi
1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Asasi / Foundation
1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Diploma
1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro) 4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)  

Tahmidi (USIM)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

 Sijil
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro) 3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account. 5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

 Pada pendapat Fifah lah kan.....Matrikulasi dan Asasi ni biasanya dia akan ambil pelajar yg agak bagus keputusannya dalam SPM sebab program ni dirangka bersusaian dgn result SPM pelajar lepasan SPM agar mereka ni dapat orang kata 'follow' cara pembelajaran mereka yg sangat padat dan perlu terkejar-kejar masa....Matrikulasi dan Asasi ni tak sesuai bagi orang yang tak suka mengadap buku je....tapi kalau kawan-kawan rase yang kawan-kawan boleh follow cara pembelajaran mereka padat,terkejar-kejar,tak cukup tidur dab asyik mengadap buku...jadi Fifah cadangkan masuk Matrikulasi atau Asasi..sebenatrnya Asasi dan Matrikulasi ni tak jauh berbeza...Matrikulasi ni di bawah Kementrian Pelajaran Malaysia...manakala Asasi ni di bawah IPTA..Matrikulasi pula ada terbahagi kepada dua iaitu Pengajian Satu Tahun(PST) dan pengajian Dua Tahun(PDT)..biasanya PDT ni untuk pelajar lepasan SPM yang nak masuk Matrikulasi tapi result SPM suam-suam kuku je daripada syarat kelayakan dan kalau pelajar lepasan SPM membuat rayuan untuk masuk Matrikulasi ni biasanya juga akan dibagi PDT ni...tapi ada juga pelajar yang dapat PST nak tukar pergi PDT..jadi klu dapat PST jangan lah berlagak pulak dan pandang rendah dengan PDT...sb orang yang dapat PST ni..belajar dalam masa singkat je berbanding PDT..jadi kalau leka je kejap...habis lah....kalau Fifah,Fifah nak masuk Matrikulasi ni...sebab Fifah jenis orang yang memang tak suka duduk diam...maknanya Fifah ni memang suka dengan kehidupan yang sibuk..tak ada masa nak buat kerja-kerja yang tak berfaedah...sekarang ni dah habis sekolah rase nak pergi sekolah je....tahu tak masa diatara habis SPM dan menunggu tawaran daripada IPT ni lah masa yang paling bosan...

ok lah kita sambung perbincangan kita....pendapat Fifah untuk Diploma pula ialah Fifah rase diploma ni bagus untuk orang yang tak berapa nak suka belajar dan dah tak sabar-sabar nak melangkah ke alam pekerjaan..sebab orang kata diploma ni belajar relax sikit..diploma ni diambil 3 atau 4 tahun je....lepas tu boleh cari kerja....tapi yang susah nya kalau kita nak sambung ambil ijazah...masa tu tak boleh jimat lah...bagi Fifah,Fifah tak suka sangat nak ambil diploma sebab banyak buang masa bila nak sambung ijazah...sb Fifah bukan jenis yang tak sabar-sabar nak kerja cari duit...dalam erti kata lain Fifah bukan mata duitan lah.....hehehe..

 untuk tingkatan 6 pula Fifah rase ia bagus untuk pelajar yang ulat buku dan tidak mahu berjauhan daripada rumah...tingkatan 6 ni agak susah tapi sijil STPM tu setaraf dgn Diploma..malah Fifah ada terbaca yang sijil STPM ni lagi bagus daripada diploma...tapi tak tahu lah kan....STPM ni pun lebih senang nak sambung belajar sebab dasar kerajaan yang lebih mengutamakan STPM daripada Asasi,Diploma,Matrikulasi dan Sijil...kalau dapat 4 flat tu insyaAllah dapat pergi luar negara...Fifah pun ada baca pointer untuk STPM ni kalau 2.8 tu insyAllah ada tawaran masuk IPTA...berbanding dengan Matrikulasi,kalau dapat pointer 3.5 pun belum tentu dapat masuk Universiti....tapi tu yang Fifah baca lah....tak tahu lah betul ke tak kan...hanya ingin berkongsi...dengan apa yang Fifah bace tentang kelebihan masuk Tingkatan 6 ni,Fifah mula berminat nak masuk....cuma part yang tak minat tu bila belajar dalam suasana sekolah dan tinggal di rumah....bukan ape...Fifah nak rase lah juga kan macam mane rasenye tinggal di asrama bersama-sama kawan....dah puas pulak rase duduk dalam suasana sekolah dan rumah ni...ialah hidup ni perlulah mempelbagaikan pengalaman hidup....nak raselah bagaimana sebenarnya realiti dunia ni...biasanya kalau duduk dengan family...family kita selalu backup kita...jadi macam manelah nak rase kehidupan sebenarnya....hehehe...panjang pulak Fifah ni membebel...

Kalau peringkat sijil pulak Fifah rase yang ni sesuai untuk orang yang baru nak ceburi bidang baru...contohnya kalau pelajar sains...tiba-tiba rasa nak belajar perakaunan jadi boleh lah ambil Sijil ni...biasanya sijil ni lebih kepada kemahiran...jadi saipa-siapa yang tidak berapa suka mengadap buka je....blh lah ambil sijil ni....

Tahmidi ni kalau nak ambil kena ada bahasa arab...kalau Fifah ambil bahasa arab mungkin Tahmidi ni ada dalam list Fifah untuk mintak.tapi disebabkan Fifah tak ambil bahasa arab...jadi awal-awal lagi dah kena tolak..Tahmidi ni lebih kurang sama saja dengan Asasi dan Matrikulasi...jadi kalau ada siapa-siapa ambil bahasa arab boleh lah mintak Tahmidi ni....

Jadi,ni je lah pendapat Fifah yang boleh dikongsikan kepada kawan-kawan...harap-harap dapat membantu lah...pilih lah course yang kawan-kawan minat sebab bila kita belajar benda yang kita tak minat ni memang menyeksakan....your life...your choice..cuba lah buat research sendiri..mana lah tahu boleh dapat banyak lagi info kan..tapi Fifah nak cakap kat sini kalau kawan-kawan tak nak susah jadi sampai bila kawan-kawan nak berjaya....kejayaan ni perlukan pengorbanan....ok lah...kalau ada salah dan silap Fifah minta maaf lah...yang buruk tu datang dari Fifah...yang baik tu datang dari Allah....Wassalam...

5 comments:

  1. Salam akak. Sy ingin bertanya.sy dpt matriks sc dn juga diploma sc di uitm. Kedua dua di pahang. Sy buntu nak pilih yg mana. Sy jenis cept stress. Tp sy suka belajar. Spm sy hanya dpt 6a. Mak sy suruh ambil dip erana dah under jadi peluang sambung ijazah lebih besar.sy kena dftar matriks 25 mei ini. Boleh bg pendapat akak? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. *kerana dah under university

      Delete
    2. *kerana dah under university

      Delete
  2. terima kasih , maklumat yg sgt berguna, serabut kepala nak pilih yg terbaik, tp alhmdulillah,terjumpa entry fifah nie rasa yakin dengan keputusan yg saya dah buat. . .
    tq again. . .

    ReplyDelete