Saturday, March 30, 2013

Kehidupan Di Matrikulasi: Keperluan & Minggu Orientasi

Bertemu kita kembali...lamekan kita tak jumpa???adik2 lepasan SPM macam mane...result dah keluarkan??jadi inilah masanya untuk adik2 mengatur langkah seterusnya meninggalkan alam persekolahan...bagi adik2 yg masih lagi tercari-cari course apa yg hendak diambil nanti...sy nasihatkan adik2 fikirlah baik2...yg penting keputusan biarlah datang daripada kehendak kita sendiri bukannya ikut kawan..bagi adik2 yg berjaya...akak ucapkan tahniah...(wah dh start berbahasakan akak..hehe)..bagi yg kurang berjaya...SPM bukan segala-galanya...usahalah lagi...rezeki tu Allah dh tentukan kepada semua umatnya..mungkin rezeki adik bukan dekat SPM...yg penting usaha dan tawakal...bagi adik2 yg teringin nk jadi doktor atau jurutera tp result SPM macam tak lepas nk buat asasi kat oversea...STPM,Asasi UITM.Asasi UM,Asasi UMS,Asasi UAIM dan Matrikulasi adalah jalan yg terbaik..tp Asasi ni susah sikit nak lepas...terutamanya Asasi UM..kalau Matrikulasi ni senang sikit nak masuk...kalau korang lepas syarat kelayakan...InsyaAllah boleh lepas..Jadi hari ni akak nak ceritakan serba sedikit tentang minggu oreintasi bagi adik2 yang teringin sangat nak masuk Matrik ni..
Mula2(mcm nak ajar masak je)...pastikan adik2 bawak semua dokumen yg perlu dibawa...kalau gambar berukuran pasport tu adik2 buatlah copy byk sikit dalam 8 keping ke..pada hari pendaftaran,adik2 dinasihatkan datang awal sebab takut jalan jam plk...pelajar matrik ni lebih kurang 2000 org...jd kalau semua org nak datang pada waktu yg same..mmglah jam jalan tu...sb pengalaman akak masa hari pendaftaran dekat KMPh,sepatutnya daripada simpang Lebuh Raya Tun Razak tu..akak boleh sampai 10 minit je...tapi apa yang jadi pada hari tu ialah daripada pukul 10pg akak sampai dekat simpang tu pukul 2pm baru akak boleh daftar..4 jam kot tunggu dalam kereta...mcm2 gelagat akak boleh tengok..ada yg pakar dalam selit-menyelit,ada yg bunyi hon je kejenye..dan yg paling sedih ada kereta yg rosak...lepas tu siap boleh berkelah lagi tepi jalan..so,adik2..please rancang perjalanan ok..bila adik2 dah masuk je pagar Matrik...masa pendaftaran pun bermula...dekat sini penting untuk bawak semua dokumen yg diperlukan...terutamanya slip pembayaran matrikulasi dan gambar serta jangan lupa buka akaun bank yg matrik adik2 telah tentukan...kalau KMPh ni adik2 kena buka akaun bank Islam..lepas tu pastikan setiap salinan seperti salinan i/c mak ayah,salinan i/c adik2,slip SPM dan lain2 salinan yg diperlukan disahkan oleh ketua kampung atau yg setaraf dengannya..pastikan borang peraturan matrikulasi(yg adik2 kena dapatkan cop adun..akak tak ingat dh nama borang tu)di tandatangan oleh panjaga adik2 pada setiap helai di bahagian bawah..jangan lupa bawak surat tawaran kemasukan ke matrikulasi...nanti tak boleh masuk pulak...apa2 pun taklimat akan dibuat pada hari terakhir minggu orientasi...kalau borang adik2 tak lengkap...adik2 boleh balik dan lengkapkan borang adik2 pada hujung minggu...dia bagi balik 3 hari jelah...jumaat-ahad
Akak dah berleter panjang tentang dokumen2...jadi sekarang ni akak nak bagi tahu keperluan yg perlu dibawa dkt matrik ni..sebenarnya kalau adik2 print dokumen matrik tu dah ada sekali keperluan yg perlu dibawa..yg ini hanya tambahan jelah..yg pertama...mestilah kena bawak bajukan...so,adik2 janganlah malu nak bawak bag besar2 dan banyak...sb adik2 kena ingat...adik2 duduk dekat sini bukan sehari dua..tapi setahun..jadi..pastikan kelengkapan adik2 dibawa..cadar katil,adik2 kena bawak sendiri..akak nasihatkan bawaklah 2 cadar katil...yang lain2 tu adik2 fikir sendirilah apa yg perlu dibawa...sb setiap org lain2 keperluan dia...dekat sini jugak,akak nasihatkan adik2 bawak banyak kertas kajang dan kertas A4..sb kat sini adik2 dh tak pakai buku2 macam sekolah menengah dulu..dekat sini adik2 tak akan dapat buku teks..adik2 kena ingat yg adik2 dh melangkah ke satu tahap yang adik2 perlu berdikari...buku rujukan untuk matrikulasi ada dijual di kedai buku yg terletak dalam kampus..kalau nak beli dekat luar memang susah nak jumpa...ada satu kedai buku yg akak jumpa ada jual buku matrik ni ialah kedai buku popular..tp dekat sini adik2 akan dapat lecture note...jadi lebih baik adik2 belajar dulu dalam sebulan kalau adik2 rase perlukan buku rujukan...so,baru adik2 beli.dekat matrik ni sukatan pelajaran sentiasa berubah-rubah mengikut keperluan pasaran...jadi sangat penting buat adik2 untuk beli buku keluaran terbaru...kalau biology..kita bayak rujuk buku internesional seperti Solomom Berd Martin(RM85) dan Campbell(RM115)..so,kalau biologi,lebih selamat kalau adik2 beli buku internesional.semua term,ejaan dan maklumat yg ada dalam buku ni adik boleh guna dalam exam...kalau buku local yg harga dia lebih kurang RM25-60..ada sesetengah term yg adik2 tak boleh guna.mengenai lap top pulak..sebenarnya adik2 boleh je hidup tanpa lap top dekat sini..dekat sini memang ada keje yang perlu menaip..tp setakat sikit2 tu mungkin adik2 boleh pergi menaip dekat perpustakaan..tp untuk memudahkan adik2...akak nasihatkan bawaklah...tp janganlah hari pertama masuk matrik adik2 dah bawak...adik2 tengok dulu persekitaran macam mane..tengok dulu roomate tu jenis macam mane...kenal2 dulu dgn orang lain...kalau adik2 rase perlu bawak...so,adik2 bawak lah.Dekat sini akak bagi tahu handfon berkamera sgt diperlukan...kalau jadual kelas tu adik2 snap je.kadang2 ade note dekat cubical pensyarah yg adik2 tak sempat atau malas nak salin..so,adik2 snap je..balik bilik salin balik note tu..tp jangan pergi rakam pensyarah mengajar tanpa persetujuan pensyarah tu pulak..itu adalah satu kesalahan...
Pada minggu orientasi..akak nasihatkan adik2 supaya bawak makanan seperti roti bayak sikit..serta jangan lupa bawak air kotak yg manis2 dan air mineral.Minggu orientasi adalah minggu paling menyiksakan...adik2 kena sabar ok...minggu orientasi ni adik2 akan rase sangat penat dengan jadual yg padat..adik2 mungkin tak sempat nak makan..tak sempat nak basuh baju...tak cukup tidur dan mungkin tak sempat nak mandi pun..jadi masa ni adik2 akan dengar banyak rungutan daripada kawan2 adik yg baru nak adapt dgn suasana matrik...masa ni adik2 akan lihat ada diatara kawan adik2 yg menangis...adik2 kena kuat ok...masa ni adik2 akan diuji dari segi metal dan fizikal...untuk mendapatkan sesuatu adik2 kena bayar dgn sesuatu..masa minggu orientasi ni..adik2 perlu ikut arahan fasilitator..waktu ni akak nasihatkan adik2 supaya banyak minum air untuk elak dehydration...lepas je adik2 daftar..petang tu ada sesi bergambar untuk buat kad matrik adik2..pada hari ke-3/4..adik2 akan tahu adik2 ni dapat module mana dan practikum mane...lepas adik2 tahu perkara ni adik2 perlu tengok jadual kelas yg ditampal di info center..
Akak rase cukup setakat ini sajelah maklumat yg akak boleh sampaikan...yg lain2 tu biar lah jadi satu kejutan untuk adik2...kalau akak bagi tahu semua...nanti tak ada kejutanlah kan??apa yg akak sampaikan ini hanyalah berdasarkan pengalaman akak...bukan untuk menakutkan adik2...tapi akak nak adik2 ni prepare dari segi mental dan fizikal untuk masuk matrikulasi ni...sebenarnya matrikulasi ni taklah susah sangat seperti yg orang lain cakapkan...setiap orang ada kebolehan masing2...minggu orientasi je yang teruk sikit...hari2 yang lain ok je..kalau dh berbulan-bulan adik2 duduk dekat matrikulasi ni tapi tetap tak boleh nak adapt dgn suasana dan tetap rase macam nak keluar matrik sampai rase macam dah tak nak balik matrik dah...jadi jalan penyelesaiannya ialah adik2 pergilah dekat bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) tu mintak borang keluar...tapi akak bagi tahu kalau adik2 dah terpilih untuk masuk matrik ni dan dah pun daftar untuk masuk matrik...adalah satu kerugian untuk adik2 yan tak explore kehidupan di matrik ni dan mahu keluar...ramai lagi orang yang nak masuk matrik ni tapi tak dapat...tapi apa2 pun..akak tak paksa...hidup adik pilihan adik sendiri...ok..sampai sini saje...mungkin tajuk blog akan datang..akak nak share cara nak survive dekat matrik ni...
Sekian,Terima kasih..
Assalamualaikum..